Pengalaman Temuduga Pegawai Farmasi UF41 Tahun 2022
Flow Lantikan tetap pegawai farmasi sebelum tahun 2022
Flow untuk lantikan tetap pegawai farmasi dah x macam sistem dulu dah, kalau sebelum tahun 2022, lantikan tetap tu based on korang punya logbook sahaja, lg tinggi markah korang, lg tinggi la ranking korang dalam batch prp, sebab tu la ramai target 90% keatas untuk dapatkan posting ke tetap. ( ni my point of view la) contohnya 100/600 orang dapat tetap, so top 100 dalam batch tu, akan serap tetap, dorang akan listkan senarai nama yang dapat.
Flow Lantikan tetap pegawai farmasi lepas 2022
Tapi sejak 2022, start dari batch prp bil 3/2019 konsep tawaran lantikan tetap tu dah berubah, korang kena mohon spa semula and join temuduga.
macam aisyah ni, aisyah merupakan batch prp bil 4/2019.
so interview diwarwarkan pada : 25/2/2022 ( dari batch prp 2016-2019) boleh join untuk interview ni.
untuk iv kali ni , ada 400 kekosongan calon tetap and 94 orang calon simpanan.
permohonan buka dalam spa dari 2/3/22 - 15/3/23 - time ni kena kemaskini hrmis and isi spa9.
result Panggilan untuk temuduga melalui email: 25/5/22
tarikh temuduga dalam email: 8/6/22 - 16/6/22
keputusan temuduga spa : 15/8/22 (alhamdulillah aisyah dapat calon simpanan)
panggilan untuk penempatan bagi calon tetap dalam laman web e-pharmacist : 29/9/22 ( konsepnya kita boleh pilih tempat berdasarkan kekosongan yang dibuka, so kena berebut la untuk penempatan)
lapor diri untuk lantikan calon tetap : 17/10/22 (400 orang)
pnggilan pertama calon simpanan : 29/9/22 (5 orang)
panggilan kedua calon simpanan : 23/11/22 (17 orang)
panggilan ketiga calon simpanan : 5/1/23 (72 orang)
jadi kalau ikutkan time batch aisyah ni , semua 94 calon simpanan dapat tawaran lantikan tetap termasuk la aisyah,
Alhamdulillah , bersyukur sgt2. π
soooo... untuk entry blog kali ni, mesty korang tertanya apa soalan yang aisyah dapat time interview kan ? soalan2 dia berbeza ikut pada panel yang interview. Aisyah interview dekat putrajaya, sebab itu tempat interview paling dekat dengan melaka since aisyah memang kerja di melaka.
Bila flashblack balik interview, teringat sesat dekat putrajaya sorang2 semata2 x jumpa tempat interview, guna waze pun x jumpa2 , tanya orang sana sini, rasa macam nak nangis time tu π©, nasib baik la aisyah gerak awl pkul 9 pg daripada hotel dekat dengan putrajaya since aisyah bermalam dekat hotel berhampiran sebab takut terlepas kalau gerak esok paginyaπ , padahal interview pukul 12. haha, lepas tanya beberapa orang yang jumpa dekat tepi jalan, akhirnya berjumpa juga bangunan nya π . so kalau korang x nak kalut, bermalam la dekat hotel yang berhampiran, hehe.
okay sambung semula pasal interview..
bila dah sampai tempat interview tu, aisyah akan ikut flow arah bangunan tu semua, document yang perlu dibawa pun perlu lengkap termasuklah sijil2 yang berkaitan. lama juga menunggu untuk masuk ke bilik interviewer, aisyah masuk ruang menunggu dan penyetahan document pada pukul 12, interview pula pkul 1.30. time menunggu tu boleh la berdoa and hilangkan nervous, hee.
bila masuk bilik interviewer..
kebetulan panel yang aisyah dapat ni baik, kebetulan time tu dorang tanya soalan pasal diri aisyah yang menarik minat dorang, dia ikut rezeki korang dapat panel yang macam mana .
time aisyah interview ada dua orang interviewer, sorang akan tanya berkenaan personal details and lagi sorang akan tanya berkaitan farmasi. masa yang diperuntukkan adalah dalam 15-30 minit.
antara soalan :
1. pengenalan diri
2. hobi - aisyah ckp suka bt blog, how many followers on your blog ?
3. dkt fasiliti klinik skrg ada isu apa ?
4. environment klinik mcm mna?
5. bila buat blog - klau x d kepuasan hati ada cite ke kt blog ? knp x cite ? klau stress cite kat sape ?
6. situasi klau pt mengamuk bt apa ? mengamuk smpai hentak2 meja.
7. penguatkuasaan apa bidg tugas dia ?
8. dekat mana jwtn penguatkuasaan tu bekerja ? dkt kkm bhgn mna ?
9. klau dpt tmpt jauh okay x ? mcm pulau tioman, labuan
10. kalau sya tmptkn awk kt klinikal bleh ke ? knp x nak ? - aisyah jwb sebab x cukup knowledge berkaitan clinical tp bg panel tu bukan barrier , kira x d barrier la sbnrnya, haha
soalan mostly aisyah boleh jawab, alhamdulillah, kalau korang lebih aktif yang boleh membezakan korang dengan orang lain, mybe korang mudah nak dapat calon tetap. sebab interviewer akan tangok juga pada lnpt korang sepanjang tahun di fasiliti masing2.
time interview pastikan pakaian kemas, formal, kalau aisyah time interview pakai blazer supaya badan tu nampak tegap and confident. bercakap pun kena confident. walaupun aisyah rasa time tu aisyah pakai pakaian dah macam lawyer dah, tudung light grey, blazer, kain kasut hitam. π . Tapi time tu x kesah dah asalkan confident dengan diri sendiri. Attitude pun perlu juga jaga, beri salam and sebagainya. orang akan tengok muka and pakaian kita dulu, then baru yang lain. betul tak ? hee..
alhamdulillah berkat aisyah buat blog ni, sharing dengan korang , aisyah berjaya menjadi salah sorang calon simpanan, and baru2 ni baru dapat pertukaran dari calon simpanan ke jawatan tetap sebagai pegawai farmasi. Aisyah just nak ucapkan terima kasih kepada semua yang membaca blog aisyah and mendoakan aisyah, harap blog ni boleh banyak membantu korang nanti. goodluck semua, in shaa Allah rezeki itu ada.. π
doakan Siti aisyah dapat penempatan kerja yang baik, and dipermudahkan lagi urusan selepas ni. Amin. Amin.
next entry, kalau dah dapat penempatan, aisyah akan share dengan korang flow seterusnya ye, stay tune π
Comments
Post a Comment