Part 2 : Cara isi logbook PRP MODULE 1B - 1D (MTAC)

Assalamualaikum semua, mesti ada yang tertunggu untuk part 2 kan ? Okay Aisyah akan try cari masa untuk menulis blog ni sampai last part dalam logbook prp ni, doakan Aisyah okay.


So part 2 , Module 1B adalah berkaitan MTAC. MTAC , nama panjangnya Medication Therapy Adherence Clinic.

Kalau dekat Klinik Kesihatan ni, ada DMTAC sahaja untuk pesakit diabetes, ada juga klinik luar yang ada Warfarin MTAC, RVD MTAC, so ni based on klinik masing2. 

DMTAC ni biasanya tugas farmasi adalah untuk kaunseling pesakit dengan lebih dekat, kita kena tahu cara pemakanan dia, cara nak adjust insulin, buat SMBG ( Self- monitoring Blood Glucose), tengok compliance dia, technique insulin dia and ada juga Module2 yang kita kena counsel dorang contohnya berkaitan ubat2 yang dorg makan, apa punca kencing manis, apa komplikasi kencing manis, dalam Module2 tu ada Benda2 ni, jadi kita kena atleast 4-8 kali buat appointment dengan pesakit untuk tahu progress dia. 

DMTAC ni best, sebab dapat kenal pesakit, dapat bebel dengan pesakit kalau korang jenis membebel. Haha.

Apa ciri2 pesakit yang dikategorikan dalam DMTAC ?
- selalunya dia based on bacaan HbA1c >6.5%
- ini kita kena tengok juga doktor target nak turunkan HbA1c pesakit kepada berapa, sebab setiap pesakit target dorg tu berbeza walaupun kita tahu yang paling optimum <6.5%.

HbA1c adalah bacaan gula dalam darah sepanjang 3 bulan, jadi 3 bulan sekali, pesakit akan check darah dorang, jadi tugas farmasi terhadap pesakit2 DMTAC ni adalah untuk turunkan HbA1c pesakit2 ni.

DALAM LOGBOOK NI.


SECTION 1 : PATIENT ASSESSMENT/EDUCATION

Yang ni paling minimum kita follow up pesakit DMTAC ni dalam 10 case, tapi Aisyah selalunya akan masukkan kesemua DMTAC yang aisyah buat, tak kesah sama ada yang follow up atau yang new case, contoh Aisyah jumpa pesakit yang sama sampai 4 kali pun, Aisyah akan tulis ikut tarikh yang Aisyah jumpa dorang, so nampak la yang kita ni banyak follow up pesakit DMTAC ni.😏

So APA YANG AISYAH ISI DALAM PART NI?
Date : 2/3/2020
Pt's R/N : 4 digit ic belakang pesakit
Remarks : issue : 1) patient not compliance to medication during sick
2) suggest patient to do SMBG
3) Suggest patient to cut sugary intake
4) advice on the importance of compliance towards medication

( Aisyah mostly akan tulis apa PCI dia yang menarik, dan advice apa yang Aisyah suggest untuk pesakit buat)

Memang kotak tu kecil, so kecilkan tulisan korang, kalau tak cukup satu page tu, tambah la helaian lain okay ?👍

SECTION 2 : CASE REPORT

- untuk case report, ikut pada tempat masing2, tanya preceptor nak bentuk case report yang macam mana.
- kalau dekat klinik Aisyah ni, korang kena buat case report macam buat case report waktu study dulu, ada profile pesakit, ada introduction, ada pci pesakit, dan berapa kali follow up pesakit, kalau boleh korang ambil case yang korang dh follow up dia banyak kali supaya korang banyak idea nak tulis report nanti.
- untuk case report ni sekurang- kurangnya 1 case , kalau buat lebih, dapat la markah lebih 🥰.

SECTION 3 : CASE PRESENTATION

- untuk case presentation pun depends pada preceptor masing2, kalau preceptor dekat tempat Aisyah ni dia akan minta buat slide and present depan dia sahaja, tapi ada juga klinik luar yang kena present depan pegawai2 daripada klinik2 lain, jadi ikut mana rezeki korang okay. 
- dalam case presentation ni korang kena present macam clinical case dan present PCI kepada case2 tu.
- Minimum 1 case 😍

SECTION 4 : ADR REPORT

- Untuk ADR reporting ni, setiap kali ada ADR , Aisyah akan masukkan dalam sistem PHIS ( sistem ni korang akan belajar nanti, semua apa yang korang buat akan dimasukkan ke dalam sistem, jadi senang korang nak trace semula tapi tak semua klinik / hospital menggunakan sistem PHIS ni.)

Dalam ADR reporting ni, korang kena isi apa suspected drug yang menyebabkan ADR, dalam bahagian remarks, Aisyah akan tulis macam ni :

Remarks : Issue : patient took zincofer however after 30 minutes patient complain with face itchiness and rashes all over the body, no SOB (shortness of Breath).

ADR ni pun minimum 3, sempat je korang akan jumpa banyak dalam tempoh 26 minggu korang dekat klinik kesihatan tu😏.

Rasanya dah panjang post ni, apa2 yang kurang faham boleh comment dia bawah, nanti Aisyah akan sambung dengan Part 3 🥰. Please follow and share for support♥️


Comments

  1. Assalamualaikum kak Aisyah, macam mana saya nak dapatkan email kak Aisyah? Saya ada beberapa soalan nak tanya tentang PRP. Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, boleh follow ig @isyahzulkifli , boleh dm di ig, sebab kadang2 email x tgk sgt. Hee

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman PRP Farmasi di Klinik Kesihatan

Cara isi requirement Logbook PRP Farmasi (Part 1)

Pengalaman prp di hospital part 1