Part 4 : Last part untuk Module Outpatient Pharmacy

salam semua, sebenarnya gigih juga aisyah nak habiskan share pengalaman isi logbook dengan korang ni, ini kira last part utk part2 yang berbaki dalam bahagian logbook. hope korang dapat sedikit overview okay ☺️.

Ada 5 bahagian yang aisyah akan share dalam entry , which is :

1. smoking cessation clinic

2. Pharmacy store management

3. Drug information service ( DIS)

4. Galenical repacking & extemperanous

5. Community services


A)  SMOKING CESSATION CLINIC

kalau untuk smoking cessation ni, dia ikut fasiliti masing2 ye, kalau dekat tempat aisyah ni, biasanya lepas doktor bagi kaunseling kepada pesakit yang nak berhenti merokok, doktor akan prescribe terapi gantian nikotin. 

biasanya ada 3 jenis rawatan sama ada:

1. tab varenicline 



2. nicotine gum

3. nicotine patch


kat atas ni teknik2 nak guna treatment yang ada di fasiliti klinik, booklet ni selalunya dah provide dalam fasiliti masing2 so kalau terlupa teknik, boleh rever booklet semula. 

Bila patient datang ambil ubat di farmasi, kalau patient newly on ubat2 ni, aisyah akan kaunsel dorang berkenaan therapy yang dorang dapat, cara guna, and time ni juga korang kena main juga dengan psychology dorang, kena selidik apa big why dorang untuk berhenti merokok. Sebab bukan mudah nak berhenti , banyak withdrawal effect yang kena hadap, jenis2 withdrawal effect pun korang mesty tahu. 

time university dulu , kita ada belajar berkenaan 5A's iaitu

ask, advice, assess, assist , arrange

so bila bekerja ni, korang boleh apply benda ni untuk smoking cessation. ingat ke apa benda tu ? haha kalau x ingat boleh la tgk bawah ni .

ni aisyah google je, so korang boleh google sendiri okay.

so dalam logbook kena tulis apa je ?



SECTION 1: Kaunseling

yang ni korang tulis apa point yang korang counsel pada patient, kalau ikut requirement 5 session je, tapi better korang buat lebih, dekat fasiliti klinik kadang2 susah nak dapatkan kaunseling untuk smoking cessation ni, so bila ada opportunity tu korang boleh grab kaunseling tu okay.

SECTION 2: Case Report

case report dekat sini senang je, kena present case pada preceptor incharge, selalunya klau dengar pasal report ni, biasanya kita akan menulis report kita, macam korang bt final year project, tapi x d la mendalam. contohnya ada profile, summary case, lab result, discussion, summary, macam tuu..

yang report2 ni korang kena tanya preceptor masing2 yang dorang nak bentuk macam mana okay, setiap preceptor lain2 .

fuhhh.. done satu part, next


B) PHARMACY STORE MANAGEMENT

time aisyah prp dulu, aisyah kena buat store attachement dekat pusat logistik yang besar dalam PKD sendiri. so banyak juga yang belajar dekat sini daripada pusat store klinik kecil.

rsanya antara semua logbook, store yang paling relax 😅, sebab tak banyak sangat fikir dari segi clinical macam tu.

mostly on documentation, indent order ubat, file2 ni memang tak lari kalau duduk store ni, time ni korang akan belajar berkenaan tatacara pengurusan store (TPS) , korang boleh search guideline ni dekat google je. benda yang penting kena ingat berkenaan Kewps, sebab ada banyak kewps dalam pengurusan store.

time prp dulu, selalunya aisyah akan uruskan borang2 yang diterima dr klinik2 kecil, tlg uruskan indent2 yang klinik kecil order, dan uruskn juga stock yang diterima dari company2 . kira pusat logistik ni perantaraan untuk penghantaran ubat ke klinik kecil. angkat2 kotak2 untuk benda biasa la kalau dah dduk store ni, tapi serius best 👍🏻,

kalau dari segi pemarkahan ni, preceptor akan bagi , dalam logbook kita tiada pun benda yang kita kena isi, just preceptor je yang akan isikan. so just kerja sebaiknya sebab 1 bulan je korang ada dekat store.


C) DRUG INFORMATION SERVICES

Dekat klinik, biasanya tak de DIS yang khas, melainkan kalau dekat hospital selalunya ada , apa DIS ni buat ?

selalunya bila kita terima call daripada doktor atau pesakit berkenaan ubat2, dan kita berikan jawapan based on reference yang ada, kita boleh masukkan dalam logbook DIS kita. contohnya doktor tanya berkenaan ' berapa mg/kg untuk dose metronidazole untuk kanak2?' , 'how to convert gliclazide to gliclazide MR ? 

so soalan2 mcm ni korang boleh masukkan dalam DIS.


paling minimum 20 soalan, tapi macam biasa better buat lebih .


untuk bahagian ni, ada bhagian ADR, CPE presentation, Project.


1) ADR - Adverse Drug Report

time ni korang akan belajar cara untuk report dalam sistem misalnya ada pesakit yang ada adverse reaction terhadap sesuatu ubat. korang kena tahu beza allergy dgn Adr, benda ni macam nak sama tapi sebenarnya lain, Allergic ni mostly disebabkan immune response macam rash, swelling. kalau allergic ni kita akan keluarkan allergic card untuk patient, supaya mudah la klau patient pergi rujuk ke fasiliti lain, boleh noted yang dorang ada allergic towards some drugs. 


2) CPE Presentation

ni kalau korang ada buat aktiviti presentation kepada staff ke, time aisyah dulu ada buat activity drug info berkenaan ubat2 yang ada di dalam fasiliti sendiri , kira kena buat album2 ubat supaya senang nk bg rujukan kepada doktor. sebab tak semua ubat brand sama, bentuk sama. so benda2 mcm ni boleh masukkan untuk aktiviti drug info.


3) Project 

time prp ni, korang kena ad atleast satu project mcm fyp. join project senior2 sebab kadang2 dorang pun ada requirement dorang untuk bt project, so kita boleh bantu project dorang, kalau nak buat project sendiri pun boleh, tapi mungkin ambil masa lama nak kena buat. Dulu aisyah join collect data untuk project untuk kaji adherence and compliance untuk ubat hypertension dalam fasiliti sendiri mengunakan pillbox.


4) GLENICAL REPACKING AND EXTEMPERANOUS

bahagian glanical ni seronok je belajar bancuh ubat macam belajar pharmacy practice. ubat bancuh yang common macam Folic Acid syrup, omeprazole syrup, syrup isoniazid. kalau klinik besar2 lagi macam2 jenis syrup boleh belajar bancuh. 

yang penting korang kena tahu cara kira berapa tablet, berapa banyak syrup untuk bancuh, strength ubat, so kiraan ni selalunya simple2 je utk syrup2 ni. korang boleh refer pada worksheet , tapi setiap worksheet tu korang kena check manual, maksudnya kira manual la, baru boleh tahu sistem betul ke tak. putar belit ayat sis, haha.

so dalam glenikal ni korang kena ada atleast 10 preparation yang korang buat. 


5) COMMUNITY SERVICES

Apa itu community services ? ini mostly buat kerja dekat luar, join event kenali ubat anda, buka booth pameran, bagi talk kepada orang awam berkenaan ubat2 macam tu. join event gotong royong basmi aedes, bantu mangsa banjir ke. so ikut korang, asalkan berkaitan dengan profession korang. 


atleast kena ada minimum 3 health exhibition dan 4 health talk yang korang bagi. aisyah dulu, time covid ni tak banyak event luar untuk join, so aisyah banyak bagi talk depan farmasi berkaitan ubat2 an untuk lengkapkan requirement, tapi zaman dah endemik ni, dah banyak event luar yang korang boleh join, so join semana boleh, kalau x cukup try tanya preceptor macam mana, kot2 ada solusi lain yang dorang lebih prefer.

HMR ? 

Home Medication Review ?

Apa itu HMR ?


- HMR adalah bila kita melawat pesakit di rumah mereka, mostly disbbkan patient ni bedridden, so kita akan tengok keadaan patient, cara makan ubat, cara penyimpanan ubat. Nurses and doktor pun akan datang untuk merawat pesakit di rumah dorang. ada juga pesakit yang bukan bedridden, so ikut pada doktors punya criteria patient untuk HMR ni, so tugas farmasis adalah pantau ubatan dorang. Akan ada borang khas untuk HMR so boleh ikut pada checklist yang ada. HMR ni kadang2 susah nak dapat , so kalau ada boleh masukkan dalam logbook, lagipun reuqirement ni adalah optional ikut pda fasiliti tu ada atau tiada.

soooo thats all from me, any question boleh tanya dalam comment ni ataupun dm me in IG lagi better, thank you guys , harap bermanfaat mana yang mampu.











Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman PRP Farmasi di Klinik Kesihatan

Cara isi requirement Logbook PRP Farmasi (Part 1)

Pengalaman prp di hospital part 1