Cara isi requirement Logbook PRP Farmasi (Part 1)

Ni Gambar masa baru je habis complete logbook, tinggal untuk submit je

Assalamualaikum semua, semoga hari ni hari yang baik untuk korang, sebelum Aisyah lupa cara nak isi logbook PRP, so Hari ni Aisyah akan share dengan korang, entry ni khas untuk logbook PRP di klinik kesihatan. 

MACAM MANA NAK ISI LOGBOOK ?

Soalan ni, selalu la bermain di kepala Aisyah masa mula2 start PRP. Time PRP ni la waktu yang sesuai untuk korang berlatih pasal time management, kena isi logbook, kena buat tugasan kerja lagi ibarat macam kerja sambil belajar.

Nasihat Aisyah untuk korang adalah JANGAN TANGGUH KERJA, setiap hari kena update logbook, kalau korang nak update seminggu sekali pun boleh tapi bagi Aisyah macam berat la juga nak kumpul sampai seminggu baru nak update. Huhu. So ikut pada time management korang. 

Apa yang Aisyah share ni ikut pada pengalaman sendiri, lebih elok kalau korang tanya sendiri pada senior FRP dekat tempat korang kerja.

1. OUTPATIENT PHARMACY SERVICES

1A. COUNTER SERVICE

SECTION 1 : SCREENING

Ini korang kena isi time screening slip ubat ada ke tak mistake yang berlaku ? Tak kesah sama ada korang time tu dekat bahagian filling ke, dispensing ke atau receiving, korang still boleh listkan intervention kalau ada kesilapan pada slip ubat. Contohnya Doctor terlupa tulis frequency ubat pada slip ubat so korang isi dalam log book :

Tarikh : 16/12/2020
Type intervention : tulis 'Frequency' di bahagian bawah incomplete prescription.
Point of screening : Receiving (ni contoh je)
Description : T paracetamol 1g (error), intended for T paracetamol 1g TDS

simple je kan ? So korang better isi hari2 ,minimum requirement kena buat 100, korang ada dalam lebih kurang 9 bulan untuk completekan bahagian ni. 

SECTION 2 : FILLING

Untuk bahagian filling ni, Aisyah selalunya akan kecilkan kotak tu untuk muatkan dua slip untuk stu box, so total box pada satu page daripada 8 box ke 16 box, so korang boleh tulis banyak, tak de la membazir kertas nak photostat banyak sebabnya requirement untuk ni minimum prescription 10ps/day. Setiap hari , kalau ada free time, aisyah akan ambil slip2 ubat yang Aisyah fill, catat dalam logbook. Selalunya Aisyah catat beberapa je, tak de la semua, kalau semua rasanya bertambah tebal logbook😅. Bahagian Remarks tu selalunya Aisyah tak de tulis apa pun.

SECTION 3 : DISPENSING

Bahagian ni simple je, Aisyah selalu anggarkan berapa prescription yang Aisyah dispense ataupun tulis berapa jam Aisyah dispense ubat.

SECTION 4 : PATIENT MEDICATION COUNSELING

a) individual 
b) group

Untuk counseling, Aisyah lalui peer review dulu then baru boleh counsel pesakit , korang boleh refer bahagian panduan kaunseling kat laman web :


Klinik kesihatan yang Aisyah kerja ni kebanyakan Aisyah kaunseling pesakit dari segi technique insulin, inhaler, suppositori, pessery dan juga compliance ubat. 
Jadi dalam bahagian counseling, korang boleh isi description of counseling tu berkenaan apa yang korang kaunsel 

contohnya : for inhaler (newly on)
1. Indication of inhaler
2. Technique of inhaler
3. Hygiene management
4. Reliever vs controller
5. Expiry date

Untuk reassess technique pesakit pun boleh, contohnya korang tengok semula technique pesakit korang boleh tulis issue yang berlaku , contohnya :

Issue :
1. Patient does not hold breath for 5 seconds ( has been corrected)
2. Inappropriate hygiene management ( corrected)

Individual counseling tu kita kaunsel pesakit one to one, kalau dalam group ni jarang ada dekat klinik tempat Aisyah kerja, dan group ni selalunya optional ikut pada klinik masing2.

SECTION 5 : HANDLING OF DD AND PSYCHOTROPIC.

Selalunya bahagian ni, ikut pada prescription sebab tak ramai pesakit dekat klinik ni yang ambil ubat psychotropic, jadi Aisyah selalunya tulis date bila2 yang ada sahaja, tak rigid sangat kepada week tu.

SECTION 6 : UNIT INSPECTION
Inspection ni korang boleh buat inspection dekat bahagian trolley kecemasan ataupun pergi ke klinik desa yang dibawah klinik masing2, sebab macam klinik ni akan supply ubat pada klinik2 kecil, jadi kita sebagai farmasi kena buat inspection dekat klinik2 tersebut, selalunya akan check dari segi simpanan ubat, expiry date, high alert medication dan kuantiti ubat yang disimpan.

SECTION 7 : MISCELLANOUS


Bahagian ni selalunya preceptor yang isi, tapi dekat klinik ni Aisyah yang isi sendiri, tulis contoh2 ubat based on category. Yang bahagian ni kena tanya preceptor masing2.

So sampai sini je post untuk part 1 ni bahagian counter service. Next post , aisyah post part 2 okay.



Comments

  1. Mohon buat sambungan part 2 utk kami 2021 1st intake april ni 🙏..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay, in shaa Allah, thnk you for the support 😍

      Delete
  2. Hi, ada tak cara boleh share logbook yng sudah complete? And bagi guidance tentang apa expectations daripada fasiliti untuk PRP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, logbook yg dh complete ye ? saya try share okay yg dh bertulis nnti tp x d la bagi full , boleh kan ? selalunya dorang expect kita ni tahu pasal drugs mechanism sebab kita kan fresh grad, just update pasal cpg malaysia yg basic macam diabetes, hypertension, ckd, asma. and dorg expect kita ni kena senang tangkap apa yang dorg ajar, kalau boleh sekali ajar dah faham 😅. grouping ubat pun kena tahu juga, nama ubat, mana generic mana brand name. hee

      Delete
    2. Salam akak. Boleh x nk klau share contoh logbook jugak. Xpe xfull, asal boleh nmpk sikit2 flow nye ;)

      Delete
    3. Tp sy xde blog huhu. Klau email sy ade. Ni email sy klau akak nak --> amwho60@gmail.com

      Delete
    4. Logbook boleh tngok di laman web pharmacy. Boleh dpt gambaran disitu

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman PRP Farmasi di Klinik Kesihatan

Pengalaman prp di hospital part 1