Part 3 : Methadone Replacement Therapy Programme

Hai guys, hari ni aisyah akan bercerita berkenaan methadone programme ni, dekat klinik kesihatan ada bahagian requirement untuk methadone, biasanya Aisyah akan attach 2 minggu dekat bahagian methadone ni. 

Zaman2 awal2 prp, masa ni muka masih muda, sekarang rasa macam muka dah nampak lain 😅

Apa yang diajar sepanjang attachment 2 minggu ni ?

- cara nak syringe ubat methadone kepada patient, ada patient yang akan bawa balik ubat methadone dia, tapi hanya kepada patient yang doktor percayai sahaja yang boleh, ada la criteria2 dorang.

- bljr cara nak kira stock methadone yang dikeluarkan, dan kira baki yang sedia ada, metha ni kena betul2 tally fizikal dengan yang noted dalam buku. Jadi penting sangat kena tengok syringe betul2. 

Ni la selalu yang kita confius, iaitu macam mana nak tengok syringe ? Ada beza ke cara nak sukat dose yang betul mengikut jenis syringe ni ? Yes !! Ada beza, bawah ni aisyah akan ajar okay, supaya korang tak buat kesilapan yang sama.

Untuk syringe methadone, selalu guna domed plunger syringe yang 20ml, so macam mana cara nak tengok syringe tu ? 

DOMED PLUNGER

Gambar ni menunjukkan 5ml telah di syringe out.

Kalau korang perasan domed plunger tip ni, melengkung, dia x sama dengan flat tip plunger. 


Yang aisyah tunjuk emoji 👆 ni, adalah cara syringe ni dibaca, kalau untuk domed plunger korang kena baca ikut line yang bawah , bukan ikut pada melengkung tu sebab nanti akan jadi terlebih dose yang diberi kepada pesakit. So ingat ! Mata kena parallel dengan garisan atasnya, bukan pada domed tip tu tau , boleh refer gambar, jadi gambar ni menunjukkan 4ml yang di syringe out.🥰

So sekarang korang dah pandai dah nak syringe methadone macam mana kan ? Hehe.

So macam mana nak kira berapa ml yang perlu diberi kepada pesakit ? 

Dose methadone syrup selalunya 1ml = 5mg.

Jadi kalau patient kena ambil 25mg, so 25/5 = 5ml, so bagi kepada patient 5ml only.


METHADONE GUIDELINE

Garis panduan Methadone

Korang boleh refer guideline dekat atas okay. Contoh prescription untuk methadone pun ada, kat dalam guideline ni.


ANTARA PERANAN FARMASIS;

Apa peranan farmasi ye ? Ini aisyah cerita roughly untuk korang okay,

1. Farmasis kena check prescription methadone pesakit, check nama, ic, dose adalah lengkap dengan tandatangan prescriber

2. Kena kaunseling pesakit berkenaan ubat yang diambil , tanya sama ada side effects ke tak.

3. Kena berkomunikasi dengan prescriber jika ada masalah berkenaan dose yang diberi.

4. Kena monitor sama ada pesakit hadir atau tidak untuk mengambil ubat yang diberi. Kena inform kepada prescriber kalau patient dah lama tak hadir.

Yang lain boleh refer guideline..


ONCALL METHADONE

Setiap patient ada yang bawa balik dos, so kalau macam tu korang kena syringe byk botol, maximum yang setakat ni boleh supply maximum 7 hari, tak pernah lagi nampak lebih dari tu. Jadi lenguh sikit la tangan korang nak syringe ubat ni.

Dekat klinik selalunya farmasis ada oncall methadone dekat klinik2 yang buka weekend untuk methadone, sebab ada pesakit yang tak bawa balik ubat ke rumah , jadi dorang kena minum dekat klinik setiap hari.  

 So yes ! Farmasis kena kerja sabtu ahad untuk oncall methadone, that's why kitaorang boleh claim off , contohnya sabtu kerja 2 jam , ahad kerja 2 jam, jadi waktu bekerja kita boleh claim off 4 jam td, farmasis boleh claim mileage jgk kalau perjalanan dari rumah ke klinik tu jauh la. 

Boleh claim duit ke ? Setakat ni pegawai farmasi tak boleh claim duit. Huhuhu.😭

Kerja methadone sabtu ahad tak lama pun, kerja dalam 2 jam je. Ikut giliran dan jadual yang dikeluarkan oleh ketua. Kadang2 3 bulan sekali baru nama naik, macam tu la.


APA TUGAS PERMULAAN SEBAGAI PRP ?

untuk Prp selalunya korang akan jaga bahagian filing sahaja sewaktu kerja oncall methadone, tapi kalau korang bekerja dengan pf yang baik hati nak ajar korang, dorang bagi je korang syringe ubat kepada pesakit.

So dekat logbook kena tulis apa ?


Kalau ikut ni, kena atleast 5 session korang dispensing and counseling, aisyah akan catat R/N ic belakang patient, contoh kalau dispense methadone untuk 10 pesakit, so 10 R/N ada dekat situ, then untuk bahagian remarks , aisyah tulis apa yang aisyah counsel patient contoh, side effects ke, management of side effects ke, macam tu.

Kalau nak lebih yakin, tanya senior2 korang dekat klinik sendiri okay sebab setiap preceptor lain2 cara dia. 🥰

So setakat ni sahaja untuk bahagian methadone supaya korang dapat overview, thanks for reading guys ! 🌹. Goodluck ☺️

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman PRP Farmasi di Klinik Kesihatan

Cara isi requirement Logbook PRP Farmasi (Part 1)

Pengalaman prp di hospital part 1