Cara buat kursus kahwin online
Assalamualaikum semua, hari ni aisyah nak share berkaitan dekat mana aisyah buat kursus kahwin online yang jimat kos dan mudah pada musim pandemic ni ?
.
Actually aisyah banyak je survey2 harga. Ada yang rm120 ? Ada yang rm110? Ada yang rm100 ? Tapi aisyah macam pelik juga, sebab zaman uni dulu kos untuk kursus online ni hanya rm80 je untuk dua hari. Biasa la kita ni bakal pengantin kalau boleh nak jimat selalu.. haha
.
Then bakal tunang aisyah , dia pun tolong cari juga and dia ada tanya member2 dia juga, so dia jumpa la laman web ni. Kursus kahwin dia harga sama macam dekat uni dulu rm80 untuk dua hari, and bestnya juga sebab tak de exam 😅.
Yang kelakar nya kiteorang dah niat dah nak set tarikh 28/8/2021-29/8/2021 untuk buat kursus kahwin. Kiteorang jumpa laman web ni pun 4 hari sebelum kursus pada 25/8. Memang cepat2 je la isi.
Then member dia kata buat dekat selangor best dekat dewan haji wan mahmood. So aisyah search dekat area selangor yang ada tulis alamat dewan haji wan mahmood, then jumpa guys, kebetulan tarikh 28/8 ada kekosongan lagi 7 orang, memang kiteorang cepat2 la isi.
korang just tekan je pilih kursus mana yang korang nak, then ikut je arahan dia sampai akhir. Nanti dorang akan masukkan kita ke dalam group ws untuk kursus yang ambil. Jadual pun akan diberikan ke dalam group.
Kursus kahwin online semua negeri terima ke ? Untuk musim pandemic ni, dorang terima je. Kebetulan kiteorang dua orang bukan asal selangor. Sebab selalunya negeri selangor je yang rajin buat kursus online ni. Haha. Jadi kiteorang pun ambil dekat situ je.
Buat kursus online dekat negeri lain kena ada kelulusan ke dengan negeri tempat yang kita nak nikah nanti ?
- tak perlu pun sebenarnya, takkan la orang yang dah lama buat kursus kahwin time study kena buat kursus lagi kan semata2 sebab bru jumpa jodoh negeri lain ? Hoho. So dia terima je. Nanti kalau tak terima aisyah update okay.🤗
So sepanjang buat kursus online ni,
1) kena buka camera - memang masing3 muka ngantuk je la, haha
2) pastikan line internet kuat sebab online kelas ni guna zoom, so banyak data habis, aisyah siap 2 kali kena langgan internet tarik data banyak sangat. Haha
3) boleh makan ke dalam kelas ? Boleh je, tapi kena cover2 tanda hormat, jangan la korang pergi makan nasi lemak pula time kelas setakat gula2 boleh je, ye la tanda hormat dengan guru kena ada juga, haha.
Sepanjang kursus kahwin apa yang diajar ?
1. Perkahwinan, prosedur perkahwinan akad nikah dan walimatulurus.
- ni aisyah akan cerita briefly untuk korang dapat overview. Dalam tajuk ni, dorang akan ajar berkaitan permohonan kahwin, kalau nak kahwin dengan orang luar negara ada procedure dia, nak kahwin dengan orang yg negeri lain pun ad procedure nya juga, kalau aisyah dah kahwin nanti, aisyah akan share la dekat korang procedure kahwin okay, yang aisyah tahu setiap negeri cara permohonan kebenaran nikah tu ada yang boleh melalui online, ada yang kena guna manual.
2.tanggungjawab komunikasi suami isteri
- macam biasa la dia akan terangkan cara untuk komunikasi suami isteri macam mana. Kenapa pentingnya komunikasi, macam tu.
3. Pengurusan kewangan
- kewangan ni dia akan bagi contoh berapa keperluan duit untuk tunang untuk nikah, bayaran tok kadi, cara buat akaun keluar masuk duit, menabung.
4.Tasawur islam
- cerita pasal akidah, tanggungjawab, rukun iman, rukun islam, adab2.
5. Pengurusan kesihatan
- ceritakan berkenaan diet, pemakanan sihat, gaya hidup sihat, kepentingan dia dalam perkahwinan.
6. Pengurusan stress dan konflik
- ni tengok tajuk pun tahu, cara hndle konflik dalam keluarga, berkomunikasi suami isteri. Apa punca2 konflik yang berlaku antara suami isteri.
7. Pembubaran perkahwinan.
- jenis2 talak, dekat mana nak refer kalau terlafaz talak, kita sendiri sebenarnya tak boleh tentukan sendiri sama ada talak tu jatuh ke tk, mahkamah akan tentukan. Jadi kalau terlafaz ke apa, jangan buatbkeputusan, terus refer pada mahkamah dulu okay.
Berapa lama kursus kahwin ni ?
Sabtu : 8.15- 5.30ptg
Ahad : 8.30 - 2 tgh hari.
Sepanjang kursus kahwin ada je time2 mengantuk sebab hadap komputer je, minum air pun dah berapa juga nak elak mengantuk punya pasal. Haha.
Boleh take note la borang2 yang perlu untuk dapatkan kebenaran berkahwin.
Next, kalau diberi peluang nanti aisyah akan share berkaitan procedure nikah semua.
Comments
Post a Comment