Apa yang perlu buat lepas habis PRP ?
Firstly, congratulation on finishing your PRP logbooks 😍, You are half way now 🙌
Hari ni Aisyah akan share apa yang korang patut buat lepas habis logbook prp ?
Aisyah nak cerita sikit, Dulu Aisyah banyak juga cari entry pasal ni, tapi takde pun entry apa yang perlu buat lepas habis prp ni kan, so sementara Aisyah ingat ni, Aisyah masukkan la dalam entry ni.
Masa waktu Aisyah habis prp, Aisyah kena submit semua logbook seminggu selepas tarikh 1 tahun Aisyah prp. Tapi tiada masalah pun kalau korang submit selepas 1 bulan korang habis prp. Just korang akan lambat untuk dapatkan no frp korang
Kebetulan Aisyah last session dekat Clinical department, jadi memang gigih la nak siapkan logbook clinical last minit, jonah jugak minggu tu 😅. Pasal clinical ni, nanti aisyah masuk dalam entry lain okay 🙌.
Meyh, Aisyah mulakan...
Kalau untuk Klinik Kesihatan selalunya korang akan hantar logbook kepada PKD (Pejabat kesihatan Daerah) masing2.
BORANG2 YANG PERLU SUBMIT BERSAMA LOGBOOK ADALAH :
1) BORANG UF01
2) BORANG UF02
Dua-dua borang ni korang kena isi dan preceptor korang pun ada kena isi juga.
Cara isi Borang uf01
Bahagian muka surat pertama ni, isi korang punya details semua, untuk kelayakan sijil profesional korang isi kalau ada la, kalau tak de biar je kosong.
Untuk kegiatan sumbangan tu contohnya korang ada join gotong royong bawah kkm ke, join aktiviti sukan bawah kkm, ada buat kenali ubat anda dekat luar pun Aisyah ada masukkan juga.
Aisyah dulu hantar , tulis manual je, dia terima je kalau korang tulis tangan, tapi kalau nak kemas bagus juga korang taip dalam komputer then baru korang print. Aisyah dulu tak terfikir nak taip dulu. Haha.
A6: PUBLICATION OF ARTICLES IN JOURNAL
Ni untung la kalau korang jenis rajin terlibat dalam aktiviti infografik ke, join2 buat article ke kalau korang jenis rajin menulis2 info2 ni. Aisyah dulu ada masukkan berkaitan infografik, sebab time tu ada macam pertandingan infografik berkaitan ubat-ubatan, so korang boleh rajin2 la kumpul mata untuk A6 ni.
A11: INVOLVEMENT AS COMMITTEE OR PROJECT MEMBER.
Untuk bahagian ni, selalunya prp akan ada project termasuk dalam requirement logbook korang, jadi korang nanti minta surat rasmi sebagai penghargaan dan bukti yang kita contribute dalam projek research tu, jadi bahagian ni korang dah boleh isi dah dengan research korang, lagi banyak research korang, lagi banyak la markah kat situ.
Setiap aktiviti yang korang masukkan dalam borang ni perlulah di fotostat sijilnya dan disahkan. Aisyah minta tolong preceptor je yang sahkan , senang sikit. Kalau korang nak ketua kampung ke, guru besar ke boleh je, korang boleh refer siapa kumpulan A yang boleh sahkan sijil2 korang ikut dibawah :
Ni Aisyah ambil dalam laman web Edu Bestari, korang boleh google je ☺️.
Next, untuk bahagian F and I (muka surat 3, Aisyah tak masukkan dalam entry ni, nanti korang tengok sendiri bila korang download borang tu) pada Borang Uf01 tu, korang tak perlu isi , biarkan kosong, ketua Jabatan yang akan isikan. Sebelum dihantar, perlulah disemak dulu dengan Preceptor masing2, lepas tu baru korang boleh hantar ke Ketua Jabatan mengikut PKD Masing2.
✅DONE BORANG UF01
Cara Isi Borang Uf02
- untuk Borang ni , Preceptor korang yang akan isikan, korang just isi details korang je.
✅DONE BORANG UF02
Lepas dah siap kedua2 borang ni, korang kena hantar logbook, borang uf01 dan Borang uf02 kepada Ketua Jabatan PKD Masing2.
Then korang kena tunggu email daripada JKN , JKN akan cop borang pemarkahan logbook korang then hantar kepada korang melalui email.
Bila dah dapat email, boleh terus apply no frp dalam laman Web Prisma, sebab dorang akan minta korang attach borang pemarkahan korang tu. Aisyah akan share cara apply no frp untuk entry akan datang.😍
Thank you semua, sebarang soalan boleh tanya di ruangan comment ye ☺️.
Very useful
ReplyDeleteTq 🥰
DeleteSangat membantu! Thanks. Saya nak tanya hehe, betul ke kerja di KK lebih senang absorb? Maksudnya bukan contract dah. Thanks in advance.
ReplyDeleteYg ni tak berapa pasti kalau ikut senior2, statistik yang berjaya serap kebanyakan daripada klinik kesihatan sebab pemarkahan logbook senang score tinggi drpd hosp, ikut pada preceptor kita jenis yang macam mana, dan cara kerja kita pun kena okay. Ada juga hosp yang dapat score tinggi juga. Klau nak ilmu lebih kerja dekat hosp lagi better, klau nk logbook senang score ambil la kk..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThank you! Sangat membantu kami yang tengah keliru ni 😅. Nak tanya, kalau saya dapat buat prp di klinik kesihatan, masih ada ke peluang nak sambung frp di hospital pulak? Thanks in advance!
ReplyDelete