Pengalaman PRP Farmasi di Klinik Kesihatan

Hai guys, dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni, so hari ni Aisyah nak share dengan korang pengalaman buat PRP di klinik Kesihatan.

Macam mana yang korang tahu, untuk dapatkan licence A bagi farmasi kena lalu fasa PRP (provisional Registered pharmacist), lepas tu ke fasa FRP (Full Registered Pharmacist). PRP boleh dibuat sama ada dalam sektor kerajaan (klinik kesihatan atau Hospital), Sektor swasta (community pharmacist atau industry) atau dalam Education (Master's in PRP).

Aisyah start PRP 18 novemember 2019, memang rezeki Aisyah sebab baru je habis belajar pada bulan march 2019,then bulan November dah dapat kerja, Alhamdulillah, harap korang pun sama.

so kalau nak cerita pasal pengalaman buat PRP di Klinik Kesihatan ni berbeza tau ikut tempat PRP korang. Bila buat PRP dekat Klinik Kesihatan , kita akan ada satu logbook untuk kita completekan. Logbook tu korang boleh refer dalam web dibawah :

LOGBOOK PRP KLINIK KESIHATAN

Dalam Logbook ni ada 7 module yang korang perlu completekan dalam masa setahun.
1. Out-Patient Pharmacy Service 
1A. Counter Service 
1B. Medication TherapyAdherence Clinic (MTAC) 
1C. Methadone Replacement Therapy Clinic (MRT) 
1D.Smoking Cessation Clinic

2. Inventory & Store

3. Drug Information Services

4.Galenical Repacking and Extemporaneous 

5. Community Services 

6. In-Patients Pharmacy Services 

7. Ward Pharmacy Pasal 

Setiap Section dalam logbook ni, nanti Aisyah akan share dengan korang dekat entry yang lain.

Ikut pengalaman Aisyah,
Aisyah Start PTM (Program Transformasi Minda) pada 11 november 2019 sampai 15
November 2019, Program Transformasi Minda ni lebih kepada bagi pendedahan
berkenaan prinsip negara, nilai murni macam tu. Memang best time join PTM ni,
makan free, hotel pun free (satu bilik dua orang). Waktu PTM ni la masa untuk korang cari kawan2 yang akan lapor diri dekat Pejabat kesihatan Daerah yang sama supaya korang tak de la nak nervous lapor diri sorang2.

 Lepas PTM, masa 18 November 2019,  Aisyah rasa berdebar la juga maklumlah first day kerja. Kalau untuk Klinik Kesihatan , selalunya korang kena lapor diri dekat PKD (pejabat Kesihatan Daerah) terlebih dahulu. Waktu 8 pagi, Aisyah pergi ke PKD Alor Gajah, jumpa dengan Pegawai Tadbir (PT) yang menguruskan berkenaan lapor diri untuk Pegawai baru. Time ni korang akan tahu la gaji korang berapa dan korang kena isi beberapa borang untuk hrmis. Lepas isi borang semua, dalam pukul 10.30 pagi, Aisyah terus ke Klinik Kesihatan tempat yang Aisyah bertugas.

Untuk first day, Aisyah mula dengan Filling, masukkan ubat2 dalam bakul selaluya kiteorang panggil Shopping, Hehe. Kadang2 korang akan rasa macam B**** juga sebab pening nak kira berapa biji yang kena fill dan selalunya kita akan filling 1 bulan je untuk setiap slip. Dalam seminggu tu, korang akan rasa huru hara sebab tak tahu lokasi ubat yang disimpan. Kadang2 nama2 ubat pun macam tak pernah dengar padahal ada je belajar time dekat university, haha maklumlah sis ni pelupa. Jadi, untuk orang pelupa macam Aisyah ni, korang kena ada apps untuk check dose ubat semua, selalunya Aisyah refer apps Bluebook, Medscape, up to date (ni kena beli dekat shopee pun ada), mims, and PPUKMFormulary (ni Aisyah ambil dari rakan sekerja Aisyah).Setiap Klinik berbeza panduan dia, so korang kena rajin2 tanya staff2 pegawai kat situ. 


Lepas one month, Aisyah dah start Dispensing, dispensing ni ada cara dia :

1. Semak ubat terlebih dengan preskripsi pesakit, semak label dan bungkusan ubat.

2. tekan nombor panggilan pesakit.

3. ucap selamat pagi

4. kenalkan diri sendiri. Contohnya : Saya Aisyah, Farmasi Anda

5. Tanya Nama pesakit (Siapa Nama Encik/Puan). Semak nombor giliran sekali

6. dapatkan maklumat sama ada pesakit ada lebihan ubat atau tidak untuk elakkan pembaziran.

7. dispense ubat satu persatu

8. Berikan maklumat ubat yang mudah nak faham :

1) nama ubat

2) indikasi

3) Cara Guna Ubat (suntik, sedut, supositori)

9. ucap terima kasih dan senyum


kalau korang nak tahu lebih pasal cara dispense ubat yang betul, korang boleh rujuk sini :

GARIS PANDUAN SISTEM PENDISPENSAN UBAT

Masa waktu nak dispensing memang rasa macam takut2 juga sebab kalau ubat tersalah bagi kepada pesakit, memang orang yang dispensing dipersalahkan sebab korang tak check betul2. Bahaya pada pesakit tau, boleh dikira ME (Medication Error). Time dispensing juga, kalau ada call , kita kena jawab. Caranya , korang kenalkan diri (Selamat pagi, Saya Aisyah daripada Farmasi, boleh saya bantu ?), kadang2 kita akan dapat call daripada Doktor, Doktor selalunya akan tanya berkenaan dose ubat, ubat yang ada di fasiliti dan adverse effect (jarang2). Korang jangan risau, kalau korang tak tahu jawapan pada soalan tu, korang just tanya nama doctor tu dan call semula bila korang dah ada jawapan.

Ini serba sedikit la yang Aisyah share dengan korang untuk first to third month. Jadual Attachment korang tu, macam klinik kesihatan akan ada 3 bulan yang korang kena Attach dekat Hospital (Inpatient pharmacy and ward pharmacy dan sebulan lagi Aisyah buat Store dekat PKD (bahagian logistik). Store ni depends pada klinik korang, kalau klinik korang besar , so korang boleh buat logistic dekat klinik masing2 sahaja. Jadual ni preceptor korang yang akan tentu so ikut je jadual yang diberi.

MACAM MANA GERAK TUGAS DI KLINIK?

Kalau klinik kat tempat Aisyah ni tugasan ni gilir2 setiap minggu, contohnya minggu ni Aisyah filling, minggu depan orang lain pula.

ni gambar 2019 (masa mula2 masuk)

Ni Gambar terbaru 2020 (girls je yang tinggal)

Staff2 kat klinik ni semua baik2, alhamdulillah, depends pada tempat juga kalau dapat yang toxic bertabah je la gitu. Huhu.. Maksudnya kat sini, tak semua klinik or hospital tu toxic , ada je yang baik2, 😘. 

Banyak benda lagi nak share tapi takut post ni terlebih panjang nanti, bye uolls 😍, Aisyah akan share lagi dengan korang.

Comments

  1. salam kak aisyah. boleh ke nak tanya akak recommend untuk study apa sebelum mula prp? dah lama grad tapi belum dapat email dari epharmacist jadi saya risau banyak dah lupa nanti bila start prp πŸ˜…

    doakan kami semua ya kak aisyah. semoga dipermudahkan urusan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, selalunya fokuskan pada garis panduan kaunseling, sebab untuk bulan pertama, prp akan kejar masa untuk siapkan kaunseling review,. Sebab requirement kaunseling memang banyak,. Second, kena download apps berkaitan ubat contohnya bluebook, micromedex, lexicomp, uptodate,ppukmformulary , medscape, mims..
      In shaa Allah, semoga awak dapat placement prp nanti , amin😊

      Delete
    2. Ok, terima kasih banyak kak aisyah :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam kak, saya pelajar tahun akhir pengajian farmasi.
    Saya nak tanya, klinik ni adlh pilihan pertama akk ke atau akk nk plih ke hospital, tapi kekosongan tiada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, klinik memang pilihan pertama akak, mula2 akak nak pilih klinik yang berdekatan dengan rumah dekat pahang, tapi tak sempat sebab dah penuh, terus tekan kk dekat melaka je, sbb tak nak pergi sabah sarawak πŸ˜….

      Delete
  4. Assalam dan salam sejahtera Kak Aisyah, saya nak tanya, untuk dapatkan placement prp di klinik kesihatan ni perlukan cgpa yang tinggi ke? saya pelajar farmasi tahun akhir, cgpa sekarang >3.00.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam, selamat sejahtera, buat masa ni dia x tgk cgpa pun, cgpa akk pun cukup2 makan, dapat je placement kontrak asalkan borang semua lengkap 😊

      Delete
  5. Salam sejahtera sis! I am a final year student and I would like to ask that currently the contract prp in klinik kesihatan is 2+1 frp am I correct? For the first 2 year prp we can choose the place that we want to do thru epharmacist right? After that during the 1 year FRP, can we still choose the place that we want to do the placement or the government will choose for us? Hope to hear from you soon and thank you in advance!

    ReplyDelete
  6. Salam kak aisyah. Boleh tahu ke kak aisyah prp di kk mana?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara isi requirement Logbook PRP Farmasi (Part 1)

Pengalaman prp di hospital part 1