Pengalaman prp di hospital part 1
Assalamualaikum semua, entry kali ni aisyah akan share dengan korang pengalaman aisyah attach clinical dan inpatient di hospital.
Banyak injection antibiotic yang korang kena ingat, ni aisyah tunjuk la sikit, bagi korang nampak overview jenis2 ubat.
Di klinik kesihatan, prp akan attach 3 bulan di hospital berdekatan, hospital2 ni akan di tentukan melalui pkd (pejabat kesihatan daerah) korang. Jadi korang tak yah pening nak cari hospital.
Aisyah attach inpatient selama 2 bulan, then clinical 1 bulan. Masuk2 je hospital, aisyah terus ke in-patient farmasi, tunggu ketua pegawai farmasi in-patient, ada frp yang incharge dekat inpatient juga, so dia ajar Aisyah, kira macam orentasi, kena tahu piagam pelanggan iaitu kena siapkan trolley dalam masa 3 jam. Sepanjang pegawai farmasi explain dengan korang, korang wajib ada buku tau, supaya korang tak lupa, dekat hospital ada yang buat manual ada yang kena guna komputer phis, dekat hospital yang aisyah attach ni kena guna komputer phis jadi banyak la info korang kena catat dan ingat.
Buku ni je la saksi sis catat ilmu2 daripada pf kita, berat buku ni, berat dengan ilmu, tak boleh tinggal buku ni selama dekat hospital 😅
Di inpatient flownya ;
1) nurse akan bawa slip ubat dan list nama pesakit daripada wad turun ke ipd dalam pukul 7.30-8 pg
2) kita akan susun slip2 ubat mengikut katil pesakit dan list nama pesakit ( kdg2 katil2 pesakit berubah2, jadi kena susun, lagi mudah)
3) lepas susun slip ubat baru, kita akan ambil fail mengikut wad tadi dan screening , kot2 mlm tadi doktor ada naik dos , turun dos ke, ada ubah ubat lain ke, so korang kena check satu2
4) lepas screening, kita akan ambil trolley wad, dan update nama2 pesakit dkt trolley, dan update ubat2 yang baru tadi, ubat2 yg still ongoing pun kita kena filling juga, ikut pada hospital masing2 ada yang guna uod (unit of dose) atau uou (unit of use). Ni korang study okay ! Hehe
5) so macam mana nak update dekat trolley ? Kalau guna sistem phis ni, kita boleh keluarkan sticker daripada sistemnya, label2 ubat pun akan keluar juga, so senang la nk monitor bila trolley kemas je kan, Nak elakkan medication error.
6) lepas filling2 ubat dekat trolley, sama ada ikut uou atau uod( ni ikut hosp masing2), akan ada orang lain untuk counterchecking.
7) counterchecking ni, agak berat sebab kena check kerja orang screening dengan filling sebab biasa la manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Kalau medication error dekat ward, berat kesnya, orang yang counterchecking akan dipersalahkan gitu.
Slip ubat opd dgn inpatient berbeza ke ?
Jwpnnya : yes berbeza, bentuknya berbeza dengan outpatient.
WARD MEDICATION INSPECTIONS
- dekat ipd ada inspections macam sethun sekali atau 2 kali setahun
Apa yang farmasis buat ?
- mestilah kena check ubat2 dekat setiap ward, check expiry date, ada item yang berlebihan ke, cara penyimpanan ubat DD, cara simpan ubat peti sejuk.
- time ni , akan ada standardize form untuk kita check setiap ward2 tu, kira macam audit gitu.
DANGEROUS DRUGS AND PSYCHOTHROPIC SUBS
- Korang kena tahu apa beza dangeraous drug dengan psychothropic substance? Ni kira famous juga, farmasis kena tahu bezanya tau.
- nak handle ubat psychothropic ni, memang kecut perut 😅, sebab seminggu 1 kali prp kena check tally ke tak fizikal dengan sistem, expiry date kena sama, batch number kena sama, kalau tak tally memang habis la korang kena menjawab dengan preceptor nanti 😣.
- kalau korang tersilap tulis, TOLONG JANGAN CUT, ATAU SCRIBBLE, sebab aisyah pernah terscribble sikit, potong nombor bilangan je, dah kena panggil tulis surat tunjuk sebab 😅, so jangan berani buat. Ada cara nak betulkan, nanti korang tanya senior kat tempat korang okay, dorang akan ajar cara nak betulkan kesalahan tu.
- Ubat2 ni akan di indent (order) daripada ward2 melalui sistem, so farmasis kena la sediakan ubat2 tadi tu dengan berhati2, pastikan check yang kita keluarkan ubat yang sama expiry date dan batch number yang dah direcordkan daripada sistem.
EXTEMPORANEOUS
- dekat sini, extemporaneous selalunya syrup morphine/omeprazole/ folic acid/ baclofen /frusemide/ phenytoin/ trimethoprim.
- formulation kadang2 ada dalam sistem phis, atau boleh refer extemporaneous formulation-moh.
- syrup yang paling leceh nak buat adalah syrup morphine sebab biji nya halus susah nk dissolve , memerlukan kesabaran yang tinggi.
- ingat dulu, syrup morphine tak cukup untuk patient, time tu dah pukul 5 ptg, nak kena balik rumah tapi gigih juga la buat syrup lepas habis waktu kerja.
Bagi Aisyah, selama aisyah dekat hospital , aisyah jarang balik rumah awal, selalu balik lepas maghrib sebab nak siapkan requirement logbook, dalam logbook ipd kena fill untuk medication counseling. Counseling selalunya aisyah sempat buat lepas habis waktu bekerja, pukul 5ptg sampai maghrib, tapi kesian juga nak kaunseling petang2 sebab patient dah mula nak makan petang, rasa macam tak hormat pula nak kacau orang tengah makan, siapa2 yang nampak free yang perlukan kaunseling je yang aisyah buat dengan kes2 yang urgent juga.
Time rehat pula, kadang2 tak sempat nak makan time rehat tu, sebab time tu je yang kita sempat buat bedside dispensing. Bedside dispensing ni pun ada dalam requirement korang okay. Korang ada 3 bulan sahaja untuk fullfill total : 120 bedside dispensing dalam masa 3 bulan, ini baru minimum tau, nak markah lebih kena buat atleast 20% lebih. Tapi aisyah buat lebih sikit je, sebab aisyah bukan jenis laju nak dispensing ubat dekat pesakit ni 😅.
BEDSIDE DISPENSING tu apa ?
- bedside dispensing tu macam pesakit tu nak keluar wad, tapi farmasis ada khidmat ambilkan ubat yang dia perlu bawa balik rumah ikut pada slip ubat pesakit, ibarat macam dispense ubat dekat tepi katil, macam tu la. Baikkan farmasis sampai ubat pun hidangkan tepi katil pesakit 🥰. Ini untuk mudahkan pesakit dekat ward dan boleh buat sesi kaunseling sekali supaya pesakit faham pasal ubat dia bila balik rumah nanti.
- tips nak tambahkan kaunseling, korang boleh buat bedside dispensing sambil tu kaunseling alatan ubat yang perlu contohnya mdi, gtn, accuhaler, dan mcm2 lg.
Papepun bagi aisyah, pengalaman pahit dan manis di hospital ni akan sentiasa diingati, so manfaatkan masa buat sebaiknya. Apa2 yang korang nak tahu pasal pengalaman ipd di hospital ni, korang boleh tanya dekat comment okay 👍
Aisyah tak banyak bergambar dengan dorang, siapa yang ada je la dalam fon ni. Sorry geng.
Comments
Post a Comment