Perjalanan menjadi seorang farmasis

Assalamualaikum semua, ramai2 adik2 spm yang tanya akk, langkah2 perjalanan nak menjadi seorang farmasis tu macam mana ? Ni akk cerita dari kisah akak ye, yang baik ambil, yang tak baik perbetulkan 👍.

Pada 2013, akk ambil spm, akak target mesti la straight A tapi Allah bagi akk 7A 2B+, B+ adalah bio dengan kimia, masa dapat result tu memang akak sedih, sedih sebab akk ajar orang tapi orang tu dapat lebih A daripada akk ? Haha macam tak bersyukur kan ? Biasa la bukan kita tak bersyukur, cuma putus harapan sekejap, apa yang kita harapkan, kita rasa macam kita dah usaha banyak tapi kalau Allah kata tidak, tidak juga kan ? ☺️.

Beberapa hari dapat result tu, akk nngis, tak tahu nak apply apa dengan result 7A ni, rasa macam ' boleh ke aku dapat kos yang elok?'. Time tu akak tak terfikir lagi cita2 nak jadi apa, mulanya nak kearah maths, sebab akk suka subject math dengan addmath.

with Andek, gambar ni je yang nampak proper , konvo spm 🌹, bunga tu ummi bagiThank you ummi♥️

Bila bincang dengan umi ayah, ayah kata kita apply la uitm asasi sains, sebab dalam fikiran ayah mesti student2 8A, 9A akan apply universiti yg lebih top untuk first choice, so chance kita untuk dapat uitm tu tinggi daripada universiti lain. 

Bila isi upu, korang kena ikut syarat2 dia, jangan main letak je tak ikut syarat sebab ada kes bila korang tak ikut syarat dia, satu kos pun dlm pilihan korang tak dapat, terpaksa tunggu untuk second intake. 

Lepas result upu keluar, alhamdulillah dapat asasi sains uitm. Time asasi , akak study betul2, sebab nak cover balik 2B+ dulu, selama setahun akak study asasi sains dekat uitm puncak alam, akk kira batch last yang ambil asasi dekat puncak alam, sekarang asasi dah ada kampus sendiri dah dekat dengkil lagi cantik , adik2 akk ada dua orang yang ambil asasi sains dekat uitm dengkil. Sepanjang akak study dekat asasi, akak tak tahu lagi cita2 nak jadi apa, sebab memang aim nak maths juga kalau boleh, akak study je betul2 then alhamdulillah dapat result 4.0 utk result upu uitm tapi untuk result uitm 3.6 lebih. Asasi uitm ada dua jenis result, satu result uitm lg stu result upu , result upu selalunya akan kira 3 top subject teras sahaja, contoh mcm akak subject math, kimia, fizik dpt A, Biologi dapat B ( ni average markah untuk dua2 sem) tapi still dikira grad dengan result upu 4.0.

gigih seorang Aisyah time asasi sains, tengah tengok microbes 😝, sambil minta  labmates tlg ambil gambar. haha

Alhamdulillah, dapat la akk tebus balik 2B+ spm dulu, syukur sangat2, Ada hikmah lain yang Allah nak bagi rupanya. 

Antara syarat kalau nk dpt kos perubatan, farmasi atau dentistry, korang kena dapat result 4.0 kalau betul2 nak menjamin korang boleh dapat kos2 medical ni. Jadi time asasi, jangan main2, fokus study, jangan selesa dengan result spm korang tau, yang dapat 9A pun belum tentu boleh score cemerlang time asasi. Asasi adalah juga penentu untuk dapat kos yang korang nak.🥰

Bila lepas asasi tu, akk still tak tahu nak ambil kos apa, ayah akk ni sebenarnya nak ank2 dia join bidang medical, tapi akk dah memang cakap dah memang tak nak doktor, ayah akk pun setuju je. Mula2 akk apply first choice mathematic komputer, bila last minit, dah nak tutup permohonan upu tu, ayah akak last minit suruh tukar first choice uitm kos farmasi. Time tu macam banyak la berdebat dengan Ayah, ayah pun mesti la dah siap2 hujah kenapa kos farmasi ni menjadi pilihan. 

Akak pun ada berfacebook dengan cikgu addmath time sekolah dulu sebab buntu nak ambil kos apa.
cikgu pun cadang ambil farmasis, tak sangka doa cikgu makbul.♥️♥️

Akak pun dengan redhanya, pilih la farmasi. Time tu still fikir boleh ke nak study farmasi ni, sebab akak ni kurang bab biologi ni.

Tup tup tup,, result upu keluar, dapat first choice kos degree farmasi, ayah dengan umi mesti la orang2 yang paling gembira sekali, haha.

Akk pun study la dekat uitm, ambil kos degree farmasi selama 4 tahun, time degree akk tak secemerlang macam asasi dulu, result akk tak memberangsangkan tapi teruskan juga, ada la pernah sem 3 terfikir nak tukar kos , tapi umi ayah cakap teruskan je buat je yang terbaik. Akk just yakin je la, ada hikmah kenapa Allah bagi laluan ni,

Teringat Dulu time sekolah , ada cikgu kimia akk pernah cakap 'kenapa cikgu pilih jadi cikgu kimia ? Sedangkan cikgu ni teruk subject kimia daripada subject lain ?,.. jwpnnya sebab cikgu nak jadikan benda yang kita tak suka tu sebagai cabaran yang sebenarnya cikgu boleh lalui, if you say can, u can !!. Then tgk cikgu sekarang dah berjaya jadi cikgu kimia.'

Time tu dia bercakap sepontan je dalam kelas, tapi akk rasa ayat dia masuk mendalam dalam hati akak, anggaplah kesusahan tu adalah cabaran untuk dapatkan benda yang manis dikemudian hari.

Dengan adanya support sistem yang kuat daripada family, kawan2 akhirnya akk grad juga degree on time , alhamdulillah. Tapi sedih la grad degree time covid, tak sempat nak konvo 😭, tak dapat nak naik pentas pakai baju konvo, topi konvo, huhu.

with shu, pipah dengan yana, ni time habis Final Year Project (FYP).

9 oct 2020, gambar konvo degree, drive dari melaka ke selangor, nasib baik jenny (housemate) teman untuk ambil sijil konvo sebab takut covid naik, nanti susah nak rentas negeri


Kita manusia, kena bersangka baik dengan Allah, ada hikmah nya.. 

Lepas grad tu, nak tunggu placement untuk PRP (provisional registered pharmacist), PRP ni korang macam buat praktikal tapi bergaji ikut gred UF41. Ada logbook yang kena isi, korang boleh tengok posting akak pasal prp ye. 

Nak tunggu placement ni lama ke ?
- untuk farmasis setakat ni dalam 4-6 bulan dah boleh dapat placement asalkan korang ikut step2 permohonan tu dengan betul dan cepat2 isi, kalau lambat terpaksa tunggu intake akan datang.

Akk prp setahun, then floating dekat klinik yang sama je sementara nak tunggu placement untuk frp.

FRP ni akan dipilih ikut pkd masing2, selalunya klinik akan stay klinik, hospital akan ada yang pindah ke klinik atau ada yang akan stay hospital. Kalau dekat melaka ni, klinik selalu stay klinik je melainkan ada isu yang muhasabah.

FRP akan ambil masa setahun untuk habis, sekarang semua kontrak je, akak sekrang tengah FRP lagi, tengah nak tunggu placement tetap tu tak menentu lagi, doakan akk dapat tetap ye ♥️

Terima kasih sudi membaca kisah akk ni, semoga terinspirasi.

Kadang2 apa yang kita nak bukan terbaik untuk kita, ada yang lebih baik untuk kita, semua benda ada hikmah, bersangka baik dengan Allah 🥰.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman PRP Farmasi di Klinik Kesihatan

Cara isi requirement Logbook PRP Farmasi (Part 1)

Pengalaman prp di hospital part 1