Budget Tunang
hai guys, dalam blog kali ni aisyah nak share dengan korang budget tunang aisyah, tapi ikut juga , kalau korang nak adjust apa yang perlu boleh je, x nak buat tunang pun, ikut la masing2.
aisyah punya style tunang ni buat antara family lelaki dgn perempuan je. biasanya kalau ikut adat ni , tunang kena ajak sedara mara skali, tapi ayah aisyah time tu nak buat simple2 je tp lengkap .
checklist barang tunang :
Baju ni saiz M, aisyah beli dekat shoppee je daripada jelita wardrobe, kain moss crepe, flowy , so x nampak gemok, hehe, kain sejuk je, dapat free shawl skali tapi aisyah lagi prefer bawal, so beli tudung bawal biasa je dekat luar.
Harga : RM99 sahaja guys, serius berbaloi boleh buat jalan2 juga lepas dah pakai time tunang. hee
Link shopee :
kalau untuk baju lelaki, aisyah akan bawa jubah tunang yang aisyah dah beli tu , then g kedai2 yang jual kurta lelaki , pusing2 cari dekat melaka, dekat kawasan mydin mitc ayer keroh ada banyak kedai muslim shop yang jual berjenis colour baju kurta , jubah and baju melayu, so senang nak match kan.
2) crown + veil
Link Shopee crown : https://shope.ee/flhzzVUrw
Link Shopee Veil : https://shope.ee/4zuhA91DRw
3) Pelamin
pelamin ni jenuh juga survey2 harga dgn kualiti yang kita dapat and paling penting trusted, aisyah order pelamin putih ni harga rm350 sahaja, kalau korang jenis kreatif diy boleh diy sendiri. hehe.. ni sebab aisyah bukan jenis orang yang kreatif kan, so kita order je la
aisyah order dekat ig Pelamin murah kuantan pekan
so sape2 yang duduk kawasan2 kuantan pekan ni boleh la order pelamin dengan kak nosya ni, serius cepat je servis dorang, mostly pelamin yang dorang ada rm500 kebawah.
4) Barang Dulang Hantaran
untuk dulang hantaran ni, biasa la adat2 ni kena ada nanti makcik2 mak2 bising kalau tak de , haha . selalunya boleh buat 3-5,5-7, 7-9.. perempuan bagi lebih dekat lelaki selalunya, aisyah just buat 5-7 sahaja.
5) Makanan
barang masak semua ayah yang sponsor, so family aisyah memang tak jemput sape2, just antara family kecil aisyah dengan family kecil tunang aisyah. jadi save byk budget untuk makanan. lagipun ayah aisyah ni dia praktikkan pertunangan tu rahsia, jadi memang buat antara dua keluarga kecil je la. kalau korang jemput semua sedara mara maybe budget lagi tinggi untuk makanan ni. makanan ni umi just masak je, so tiada catering2.
6) Makeup
aisyah just upah kakak sdare yang makeupkn , dia bagi free je , tapi kita hulur je la sikit, kalau makeup guna mua mybe mahal juga dalam anggaran 200 juga .
7) Photographer
kalau gambar ni, minta tolong kakak sdare dengan adik2 je yang ambil gambar guna phone, gambar semua guna iphone then edit sendiri ikut citarasa sendiri, hihi, alhamdulillah gambar semua cantik2,. so memang cut cost untuk photographer ni. aisyah ada juga survey2 photographer ni dalam budget rm700 juga kalau korang nak hire photographer. Bawah ni gambar time majlis hari tu guna camera iphone 12 pro. Guna lighting dr luar rumah je, pastikan kedudukan pelamin tu menghadap lighting luar rumah, bru gambar nampak cerah sikit and edit2 sikit. kalau post kat blog ni, gambar memang nampak pecah sikit daripada yang memang dekat fon ni.
8) Inai
aisyah memang suka berinai, mula2 beli la pelekat inai dekat shoppee , tapi aisyah terbeli satu belah tgn je, lupa nak add in cart lagi satu utk tgn lagi sebelah, haha , bila dah siap tampal, siap guna inai celup, si adk bongsu kata inai ni tak sah wuduk, 😅 habisss... memang cuci habis la inai yang dah siap tadi , nasib baru buat sebelah tgn, aduhai, so jadi la tgnku macam ni :
walaupun macam x berapa lawa asalkan ada, ini pun guna inai lain umi belikan dekat luar. so kalau korang nak beli inai kat shoppee, check dulu mesra wuduk ke tak 😅.
9) Goodies
ada orang akan buat goodies untuk tetamu yang hadir, tapi time aisyah ni, aisyah tak bagi pun goodies, bagi makanan utk pihak lelaki bawa balik rumah je, hee.
10) Cincin
cincin ni pihak laki nak bagi dua, satu cincin merisik, satu cincin tunang, cincin2 ni aisyah je yang pilih, biasa la kalau budak2 yang pilih, budak2 la patternnya 😂. selalunya cincin merisik bentuk cincin rotan, kalau cincin tunang ni selalunya cincin yg berbatu. kalau korang tak yakin dengan citarasa korang, bawa la mak skali ye. kalau aisyah ni suka cincin yang simple2 , senang nak pakai 24 jam. kalau berbatu ni susah sikit nak jaga. end up mak kau x setuju , kah ! x pe, sendiri yang pakaikan, anggaran budget untuk dua cincin dalam rm1000 lebih. so lelaki2 kena prepare rm1000 lebih untuk cincin okay .
SO Berapa Budget Tunang 2022 ni ?????
Rm2000 sorang kalau korang nak selesa. Rm2000 untuk bahagian perempuan, Rm2000 lagi bahagian lelaki sbb laki kena beli cincinkan, so budget tinggi sikit 😌
pape event tunang ke majlis kahwin ke, korang kena banyak tanya mak ayah korang sbb setiap orang adatnya lain2, kita nak mcm ni, tapi mak ayah nk mcm ni pula, so ikut je la mana yang memudahkan . so siapa2 yang nak bertunang, semoga dipermudahkan urusan semuanya.
Comments
Post a Comment