Pengalaman travel melalui agent pelancongan ?
Assalamualaikum semua, hari ni Aisyah akan share pengalaman pertama melancong melalui agent pelancongan.
Aisyah melancong dibawah agent pelancongan Akim Global Holiday,.
Pengalaman under Akim Global Holiday (AGH) ni best sebabnya semua peringkat umur kita dapat bergaul, dengan makcik2, budak2, remaja, dan juga nenek2 pun ada yang suka melancong.
Jadi kita dapat kenal antara satu sama lain, dan under agent pelancongan ni dorang dah ada team yang dah memang setia dengan service dorang, bila dengan orang baru pun dorang akan sambut kita dengan baik dan friendlyπ.
Ni merupakan kali pertama Aisyah melancong ke Langkawi , untuk package ke langkawi harga Package RM288/seorang.
APA YANG KITA DAPAT DENGAN PACKAGE NI ?
1) Tidur 2 malam di Hotel Eagle
2) Sarapan pagi free dua hari
3) Ticket Feri pergi dan balik
4) Transport Bus sepanjang di langkawi
Trip kali ni Bus akan masuk ke dalam Feri, jadi tak perlu la nak fikir transport dekat langkawi nanti tapi perjalanan dari jeti kuala perlis ke jetty langkawi ambil masa 2 jam hingga 3 jam untuk sampai , agak lama.
Selama melancong ke Langkawi, yang untungnya bila kita melancong bawah agensi pelancongan orang islam, mudah untuk kita tunaikan solat, jadi kita tenang nak solat semua , tak de nak rushing2 sangat π
.
Tak de nak racist ke apa, setiap agensi pelancongan tentatif nya berbeza, tapi bagi Aisyah untuk AGH ni bagus sebab dia menjaga kebajikan customer nya. Recommended✅
Tour guide dia (Abang Ar) memang tahu pasal sejarah2 langkawi ni , sambil2 bus bergerak ke tempat2 menarik sambil tu dia akan menceritakan kisah2 sejarah Mahsuri, Wan Aisyah dan sebagainya.
HARI PERTAMA
Kami bertolak malam pukul 10 malam tunggu di Restoran Subaidah dekat dengan Mitc Melaka. Lepas 9 jam macam tu dalam bus, kita bergerak ke padang besar kemudian ke Jeti kuala perlis pukul 2 ( memandangkan ticket memang book pukul 2).
Perjalanan guna feri yang bawa kenderaan ni memang lagi lama perjalanannya. Sebenarnya ada je jeti lain, tapi jeti lain bawa penumpang sahaja, Tak boleh bawa kenderaan sekali, jadi AGH ni dah set dah budget kita ni termasuk dalam ticket feri dengan kenderaan bus sekali. Best sangat π
Sesudah sampai, kita ke hotel, check in hotel di Eagle Hotel. Aisyah kongsi bilik dengan kawan Aisyah, Biliknya pun selesa.
Lepas dah siap2 solat semua, kita ke Dataran Helang, kat sini memang wajib bergambar, sebab patung helangnya cantik dan besar, kebetulan time tu hujan renyai2 jadi tak ramai orang, senang la kami nak bergambar, haha.
Selepas itu, kami ke Tanjung Tirai View cafe, makanan dekat sini memang sedap, tak sama rasa dekat melaka, pahang. Walaupun kita order makanan yang common macam ikan siakap, sayur campur, telur bungkus, tapi rasa makanan nya macam cukup bahan ☺️. Korang kena g cafe ni, cafe ni boleh makan dekat luar sambil nikmati pemandangan pantai2, tapi time Aisyah pergi tu time tu la hujan, tak dapat nak tengok view cantik dekat luar sangat.π©
Selepas itu kami ke pantai cenang yang merupakan salah satu tarikan pelancong π. Aisyah akan share pasal tempat menarik di Langkawi dalam entry lain okay.
HARI KEDUA
Kami sarapan di hotel, dan bertolak ke skycab ( dekat sini ada cable car dengan skybridge) view dekat sini memang indah dan kebetulan masa tu nasib baik cuaca semua okay ☺️
Then kami makan di Restoran Kak yan, pelbagai jenis lauk kat sini, korang kalau pergi Langkawi try makan Bronok, haha, makan dulu, jangan google lagi okay !
Lepas dah kenyang, kami ke island hopping naik boat, yahoo.. kat sini ada Tasik Dayang bunting, Bagi makan Helang dan Beras terbakar. Ticketnya Aisyah akan share harga kat entry lain, sabar dulu.. haha
Malam tu kami ke Haji Ismail Group, kat sini memang banyak jenis coklat, ada harga coklat yang murah ada juga coklat harga lebih kurang dekat negeri lain, so kena pandai2 pilih dan alert pasal harga coklat ni sebelum pergi HIG. Senang sikit korang nak shopping nanti π.
HARI TERAKHIR
bersiap untuk pulang semula, sedih juga time tu sebab tak puas lagi tengok keindahan lautπ.
Kami sarapan di hotel, then bergerak ke jeti untuk naik feri, dah sampai sana, kami singgah makan di warung kak Eta di Kuala perlis, makanan dekat perlis pun sedap2, ketam goreng dia fuhh, teringat sampai sekarang, yum yum. Korang kena try makan situ ☺️
Then otw untuk balik ke Melaka, kami singgah di Jeruk Pak Ali, rasanya dah lama x makan jeruk Pak Ali ni, dah susah nak jumpa kat negeri bahagian selatan ni π
, dapat la borong sikit, sebab Aisyah suka makan jeruk, hehe.
Then sampai Melaka jam 2 pagi, nasib baik tour guide dah sediakan van untuk kiteorang balik, sebab mana ada grab malam2 buta tu, Fuh lega.
Alhamdulillah, semua selamat sampai, pengalaman yang tak dilupakan , kalau ada trip agensi yang best2 dan murah boleh la comment kat bawah , kot2 Aisyah berminat nak join nanti πΉ
Comments
Post a Comment