Pengalaman Degree Pharmacy : Part 1 (First Year)
Pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada adik2 yang berjaya sebab antara beribu yang mohon kos farmasi ni, 100 lebih yang selalu diserap masuk dalam kos farmasi ni. Tahniah semua.
mesti ramai adik2 tertanya macam mana kehidupan sebagai student farmasi ni kan. Sebenarnya akak ada banyak benda nak share dengan korang since akak ni dah final semester dan nak grad dah inshaa Allah.. Doakan ku..
Post kali ni nak ceritakan pengalaman semester 1. mesti korang tertanya apa subjek yang korang belajar waktu sem 1 kan? sama la jugak macam akak semester 1 dulu, selalu tertanya2 apa kos farmasi ni, apa yang kita belajar kan?
Sebenarnya kos farmasi ni seronok bagi orang yang minat biology dan chemistry. Apa bezanya doctor dgn farmasi ni adalah doctor lebih kepada pembelajaran mendalam tentang organ dalaman manusia, tapi kalau farmasi ni lebih kepada info mendalam tentang ubat ubatan. Jadinya kita akan belajar lebih kepada structure kimia, tindak balas kimia dalam badan dan sebagainya.
kebanyakan daripada kawan2 akak suka compounding masa sem 1, compounding macam ibarat main masak2 jadinya kena pastikan resepi ubat tu betul untuk hasilkan ubat yang berkualiti. Banyak la yang kiteorang compound contohnya emulsion, syrup, suspension, cream, suppositories dan macam2 lagi.
So, akak masa sem 1 mmg terpinga-pinga sebab nak sesuaikan diri. Masa mula2 masuk sem 1 tu, akak firstly akan melawat fakulti, time tu nak tentukan kelas dia pick randomly. So pihak fakulti tampal nama kiteorang untuk tentukan akk kelas mana. So kebetulan akak satu kelas dgn kawan akak yang dulu sekelas masa asasi. Jadi tak de la takut sangat time tu. hee.. Untuk first week tu selalunya kita akn daftar student portal dan daftar kos.
Masa mula2, selalu fikir mesti tak belajar sangat first week tapi sebenarny akk silap, first week tu mmg dah start first topic. Jadinya korang jgn terkejut pula tiba2 dah masuk first topik on the first week.. hehe..
APA SUBJEK UNTUK YANG KORANG AKAN BELAJAR?
SEMESTER 1
SEMESTER 1
1. Physicochemical basis for Pharmacy
2. Pharmacy Practice 1
3. Principles of Anatomy and Physiology
4. Pharmaceutical organic Chemistry 1
5. Kesatria 1
6. Tamadun Islam dan Tamadun Asia
7. Ekonomi
1. Physicochemical Basis for Pharmacy
Subjek ni lebih kepada gabungan physical dan chemical. korang akan belajar semula mcm masa asasi dulu . contohnya electrons, chemical equation, polar, non polar , gases, Acid and base dan macam2 lg tp more advance. Calculation pun ada sikit2. Paling penting formula acid and base tu. hee
2. Pharmacy practice 1
Subjek ni belajar lebih kepada counpounding ubat2, yang macam akak tulis sbelum ni macam main masak2 tuu.. so korang akan belajar cara nak buat emulsion, suspension , syrup, lotion.. so kalau korang minat compounding, memang seronok la buat.. dalam subjek ni pun ada kiraan2 juga. paper exam untuk subjek ni ada test compounding juga, yang paling penting check sama ada bahan2 yang digunakan tu kategori beracun ke tak sebab akak ingat dulu time first test compounding ramai tak minta cop poison sbb bahan tu beracun actually, kiteorg yang tak perasan.. huhu..
3. Principles of Anatomy and physiology.
Subjek ni macam biasa yang korang belajar biology, pasal badan manusia, normal physiology badan manusia. if you guys love biology, korang boleh adapt with this subject.
4. Pharmaceutical Organic Chemistry 1
Untuk subjek ni, senior2 selalu kata subjek ni killer subject dan sbnrnya bagi akak memang subject ni killer.. huhu.. sebab oranic chemistry ni korang akan belajar cara nak lukis structure atom2. banyak juga lukis2 dia. Then korang elok la revise subject chemistry masa asasi dulu tentang reaction of alcohol, alkene, ether dan yang lain. kebanyakan bljr pasal reaction.
5. Economics
Ni subjek yang tak ada kaitan sangat, more kepada bisness untuk subjek elective korang, korang kena ambik subjek bisness ni untuk cukupkan 11 kredit sebelum grad nanti. Jadi korang boleh pilih sama ada nak ambik sem ni ke tk, bagi akak elok habiskan cepat2 11 kredit hour tu supaya dah tak yah fikir dah pasal 11 kredit tu.. so untuk subject economics ni 3 kredit hour, so tinggal la 8 kredit hour lagi untuk habiskan bila naik sem akan datang.
6. Tamadun Islam
Ni subjek macam agama islam, lebih belajar pasal tamadun2 tu semua
7. Kesatria 1
mesti korang tertanya2 kesatria ni apa kan ? ni macam kokurikulum korang. kesatria ni pun ada periksa kawad tp beramai2 la, dan ada exam bertulis juga tapi simple2 je. in shaa Allah korang dapat A asalkan ikut arahan semua. Koko korang kena ambil sampai sem 3, kalau macam akak sem 1 ambil kesatria, tapi sem 2 akak tukar ke persatuan masjid sebab akak tak berapa minat kawad ni.. hihi.. sebenarnya ada banyak lagi pilihan koko yang korang boleh pilih masa sem 2 nanti. Tapi untuk sem 1 ni, mmg wajib ambik kesatria dulu, lepas tu bru boleh tukar yang lain.
SEMESTER 2
SEMESTER 2
Okay semua, nanti akak tulis lagi ye, harap korang dapat la sedikit info sebelum korang naik sem 1 nanti. GOODLUCK ~~~
hai..nice blog..bgus sharing ni psl farmasi..btw sis suke nak share ..jika ade adik2 lepasan spm berminat nak masuk diploma pendidikan awal kanak-kanak under upsi .bole hubungi sis jaga program..011-16930576..nt sis explain lanjut..nak tye psl program nursing/farmasi pun bole wsp sis k..tenkiuuu...smoga semua trus sukses
ReplyDeleteAssalam,kak nak tanya kalau nak smbg degree farmasi kan dia still tengok result spm....berdasarkan syarat dia nak at least 5B then dia tulis matematik(atau matematik tambahan)...so that mean boleh pilih ke mm atau mt sbb mt saya c+.
ReplyDeleteWaalaikummusalam, klau 5B tu memang dia kata termasuk math/addmath, mksdnya result math/addmath tu memang kena B.
DeleteKalau C+, mungkin dia x terima, lebih baik awk ambil kos ikut kelayakan yang awk boleh mohon.
Hi sis nak tanya boleh kalau masih aktiflah hehe.
ReplyDeleteJadual macam mana ya pack tak?
hai, jadual untuk degree pack juga, kelas dari pukul 8 sampai petang dalam pukul 5 setiap hari isnin sampai jumaat, malam free je , sabtu ahad pun free,
DeleteSalam akak, ada tak tips macam mana akak survive as a pharmacy student? hihi thankyou in advance :)
DeleteAssalamualaikum kak..maaf ye ganggu..nk tnya..cnth kalau kita tk ambil subject biology mse sek menengah kan..blh ke sy nk ambik farmasi..even tk prnh bljr biology?..
ReplyDeleteHi kak, nak tanya susah tak exam final, is it 60%? pastu nanti bila dah kerja, mostly semua akan tengok cgpa ke? pastu akak ada tips tak macam mana nak survive as pharmacy student, thank you in advance :)
ReplyDeleteSlm, Sy cuma nak perkenalkan Pinang Pharmacy, Pinang Pharmacy ™ sudah bertapak di Pulau pinang sejak tahun 2000 (dikenali sebagai Farmasi Harmoni, di Perda, Seberang Perai) 100% milik bumiputera, dan mula berkembang antaranya berada di Perda, Bayan Baru, Teluk Kumbar, Juru dan Padang Serai.
ReplyDelete